Isnin, September 28, 2009

Terima Kasih MAB

Assalamualaikum...

Di kesempatan ini saya ingin menghulur jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) kerana sudi menyelesaikan aduan saya tempoh hari. Baru-baru ini saya ada menghantar sepucuk surat aduan rasmi kepada pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri berhubung kes saya menerima layanan yang kurang mesra seorang stafnya kepada saya. Surat berkenaan juga saya "sk" kan kepada MAB. Aduan tersebut berhubung sikap seorang staf yang tidak menghormati tetamu, meninggi suara semasa bercakap dan memarahi saya kerana gagal kepilkan satu salinan surat dengan stapler semasa berurusan dengan beliau tempoh hari.
Dua minggu kemudian, saya dipanggil ke jabatan berkenaan bertemu dengan ketua unit staf yang saya komplen. Mulanya beliau tidak percaya saya yang draf sendiri surat aduan berkenaan kerana menurutnya susunan struktur dan ayatnya cantik dan menarik. Beliau juga menyoal samada saya didesak oleh mana-mana pihak atau tidak. Saya juga disoal daripada mana saya dapat sumber tentang latar belakang staf tersebut.
Seminggu kemudian, saya mendapat khabar, staf yang saya komplen itu telah berubah sikap kepada mesra pelanggan. Bukan beliau sahaja malah khabarnya satu unit berkenaan telah menunjukkan perubahan positif. Alhamdulillah dan tahniah. Saya juga dimaklumkan jabatan berkenaan juga telah dikunjungi oleh seorang pegawai kanan MAB.
Untuk rekod, ini adalah kunjungan kali kedua MAB ke sini menyelesaikan masalah saya. Kali pertama pada tahun 2006 apabila ketua jabatan saya lambat mengesahkan perkhidmatan saya walaupun saya telah berkhidmat melebihi tempoh 3 tahun. Terima kasih yang tak terhingga sekali lagi kerana MAB sudi mengambil berat kebajikan kami guru-guru OKU penglihatan ini.
Kepada mereka yang mempunyai sebarang masalah dalam pekerjaan, jangan segan silu untuk meminta pandangan dan bantuan daripada pihak MAB.

Tiada ulasan:

Radio Amatur