Rabu, Julai 30, 2008

Dilema Pengasuh

Dah dua hari kami suami isteri memikirkan punca sebenarnya yang tejadi terhadap suami kepada pengasuh kami. Pagi semalam adalah kemuncaknya bila pengasuh hubungi saya menyanyakan kenapa tak bekalkan anak dengan minyak yu yee dan jajan. Saya jelaskan buat masa ni, kami agak sibuk dengan tugas masing-masing tambahan pula hujung minggu lepas rumah mertua ada kenduri arwah dan keesokannya kami pula buat kenduri kesyukuran. Selepas panggilan pertama, suaminya pula telefon terus marah-marah dan untuk mengelakkan suasana lebih tegang, saya mengiyakan saja apa dia cakap.

Petang semalam saya cuba terangkan pada pengasuh yang kami agak sibuk sikit dalam seminggu dua tapi dia nampak macam tak nak mengalah. Bila dalam kereta masa balik rumah semalam, terfikir adakah wang yang diberi tiap bulan tak cukup? Kalau betul kenapa tak terus-terang saja? Di awal perjanjian dahulu, masing-masing dah setuju dengan sejumlah bayaran, kalau tak cukup kami rela menambah lagi jumlahnya asalkan putera kami dijaga dengan selamat. Atau mungkinkah saya ada menegurnya dulu kerap ambil cuti membuatkan kami pula yang terpaksa cuti. Jadi, saya dah terus-terang bahawa cuti kami tak banyak dalam setahun, baki cuti saya tinggal 3 hari lagi manakala isteri pula tak sampai 2 minggu. Itu tak termasuk nak balik raya lagi tahun ni dan cuti kecemasan yang terpaksa diambil tanpa diduga lagi. Bila diberitahu bahawa cuti saya hanya 7 hari dalam setahun, dia terkejut kerana sangkanya tugas macam saya ni banyak cuti.

Ataupun satu lagi dia terasa kot bila saya hubunginya menyatakan yang anak kami keracunan awal bulan ni. Bila sebut keracunan saja tanpa sempat menjelaskan yang lain, dia terus nafikan ia terjadi di rumahnya dan menyalahkan pula kami mungkin penyebabnya di rumah. Namun, saya tegaskan bahawa saya hanya menjelaskan laporan doktor dan tak menyalahkan sapa-sapa, baru dia diam.

Mungkin jugak dia sibuk sebab la ni dia berniaga depan rumahnya. Entahlah, pening nak fikir. BIla tanya ada apa masalah ka, dia kata tak da. Mungkin perkhidmatannya sampai di hujung bulan ni saja bila mak saudara isteri menawarkan diri untuk menjaga si kecil yang lincah tu.

3 ulasan:

Aloy N Danish berkata...

Mmmm masalah pengasuh ni kadang kala memang memeningkan tetapi kita haruslah bijak menangganinya zal. Kadangkala memang tak dapat nak elakkan. Kadang kira macam nasib nasib la jugak, hehehe.

Macam masa anak anak kak kecik kecik dulu, akak ada sebuah bakul yang akak letakkan semua keperluannya dalam bakul tu. Contohnya baju beberapa pasang untuk siang dan malam, diapers, minyak yu yee, vicks, penggorek telinga, bedak, losyen, sikat, tuala muka dan stokin. Bakul itu kak hantar ke rumah babysitter pagi pagi dan masa ambil anak petang hari, akak akan ambil semula bakul tu dan isi ulang apa apa yang patut dan bawa semula esok hari. Lagipun di rumah akak boleh gunakan barang barang dalam bakul tu dan dapat monitor mana mana yang dah nak habis. Biasanya akak akan simpan spare untuk barang barang tersebut dan minyak yu yee antara kemestian untuk ada spare. Untuk bath foam dan syampoo akak akan letakkan sebotol setiap satu di rumah babysitter, akak tak bawa pulang hari hari. Susu tepung dah tentula ada di rumah babysitter dan rumah kita jugak.

Mungkin Thariq meragam kerana takde minyak yu yee kot zal. Itu yang mereka bingit bila zal dan ila tak bawa bersama. Akak cadangkan zal belila beberapa botol sekaligus dan simpan sebagai spare. Akak dulu beli minyak yu yee yang saiz paling besar. Minyak yu yee ada dalam 3 berat botol yang berlainan. Kalau beli yang besar sekali, jimat sikit dan kalau boleh beli kat kedai singsei sebab murah sikit dari pasaraya.

Oh ya zal, bercakap pasal bakul dan isi muatannya tu, heheh. Ianya jugak mudah kalau zal nak kemana mana. Akak dulu sentiasa akan updatekan barang barang khasnya baju dan diapers anak, jadi bila abang kata nak keluar je, akak pun sambar la bakul dan masuk dalam kereta. Hahaha, jadi secara tak langsung abang kena la bawa akak dan anak anak sekali bila dia nak keluar ke mana mana, hahahahahahahahahaha.

mrkentang berkata...

Insya Allah Kak Zu. Terima kasih atas cadangan, pandangan dan nasihat tu. Bagi Zal, kita harus pandang ke depan, jadikan ia sebagai ikhtibar moga tak tergelincir lagi di kemudian hari insya Allah

Awwa berkata...

salam tumpang lalu...masih ingat i tak hehehe..comei bloh hang nih.....

Radio Amatur