Hujan juga menyirami tanaman tebu, pandan, nanas dan kacang lendir di tepi rumah.Sabtu, Februari 21, 2009
Rabu, Februari 04, 2009
SELAMAT BERKURSUS!
Perkara: Tugas Rasmi Berkaitan Peperiksaan, Pemuafakatan Pentaksiran Calon Khas
Tarikh: 09 - 13 Februari 2009
Vanue: Hotel Grand Continental, Kuah, Langkawi
Nama Perwakilan: Cik Nur Azlidar Laily bte. Idris (macam ahli politik pulak)
P/S: jangan lupa tau call bapa angkat saya tu pak hamid, nanti sesat pulak kat sana. Maklumlah first time p Langkawi. Balik pulak jangan tangan kosong, eloknya, sebakul coklat ke... he he he... Kepada yang ingin berurusan dengan beliau yang juga selaku Pengarah Urusan Zaiton Travel, sila hubunginya di talian, 017-453 1140. Lepas call tu, bagi tau nama penuh saya, jangan cakap mrkentang, memang dia tak tau pun nama tu.
Tarikh: 09 - 13 Februari 2009
Vanue: Hotel Grand Continental, Kuah, Langkawi
Nama Perwakilan: Cik Nur Azlidar Laily bte. Idris (macam ahli politik pulak)
P/S: jangan lupa tau call bapa angkat saya tu pak hamid, nanti sesat pulak kat sana. Maklumlah first time p Langkawi. Balik pulak jangan tangan kosong, eloknya, sebakul coklat ke... he he he... Kepada yang ingin berurusan dengan beliau yang juga selaku Pengarah Urusan Zaiton Travel, sila hubunginya di talian, 017-453 1140. Lepas call tu, bagi tau nama penuh saya, jangan cakap mrkentang, memang dia tak tau pun nama tu.
*********************************************
Perkara: Kursus Pengurusan Perkhidmatandan Pentadbiran Pejabat Siri 1/2009
Tarikh: 16 - 20 Februari 2009
Vanue: Muar Traders Hotel, Muar, Johor
Nama Perwakilan: Cik Siti Zubaidah bte. Sudin
P/S: apa yang sedap kat Muar ek? Mi bandung ke? Eemmm, terliur gak kan!
Jumaat, Januari 16, 2009
Majlis Kenaikan Pangkat & Kehadiran Pengetua Baru
Tarikh: 12 Januari 2009
Masa: 1230 GMT HRS
Vanue: Dewan Besar, SMK Padang Temu, Melaka
Ketua Sektor Pend. Khas dan Swasta, Jabatan Pelajaran Melaka, En. Razali Bahrom berarak masuk ke dalam dewan diiringi pengetua baru, Pn. Latifah Harun
Para srikandi yang terdiri daripada pelajar perempuan turut mengiringi tetamu sehingga ke tempat duduk VIP
Dari kiri, Pn. Kadariah (GPK 1), Pn. Latifah, En. Razali dan kanan sekali ialah En. Mat Johan selaku GPK HEM
Tetamu dihidangkan dengan tarian Selamat Datang daripada pelajar-pelajar Kelab Kebudayaan sekolah
Ucapan alu-aluan daripada En. Shanmugam selaku wakil Kelab Sraf sekolah
Ucapan daripada Tuan Pengetua, Puan Latifah Harun
Ucapan daripada KS UPKS, JPN Melaka, En. Razali Bahrom
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan gamelan daripada kelas muzik
Mei Ying antara mencuri tumpuan setiap kali mengadakan persembahan di luar
Isnin, Januari 12, 2009
Rawatan Kesihatan Berkala
Tarikh: 08 Januari 2009
Masa: 1140 GMT HRS
Vanue: Bilik Kesihatan, SMK Padang Temu, Melaka
Cik Azlidar Laily (kiri sekali) menemani anak-anak istimewa menerima rawatan suntikan pencegahan kancing gigi. Turut kelihatan, Cik Siti Zubaidah (kanan sekali)
Lim Jia Wen mendaftar diri. P/S: nampak macam risau je...
Jia Wen ditemani Zu ceria menerima suntikan
Redzuan mendaftar diri untuk menerima suntikan
Fobia dengan pelbagai suntikan sebelumnya membuatkan Redzuan terpaksa ditenangkan oleh Laily
Teck Zhao menarik perhatian petugas kesihatan berbual sesuatu dengannya
Teck Zhao tenang menerima suntikan

Gembira! Itulah agaknya telatah selepas suntikan
Khamis, Januari 08, 2009
Terima kasih pentadbir SMK Padang Temu, Melaka
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di kesempatan ini, saya selaku wakil kepada guru di Program Inklusif Pendidikan Khas (PIPK Penglihatan) sekolah ini ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pentadbiran sekolah kerana sikap prihatin mereka kepada beberapa pelajar OKU sekolah ini. Tiga buah kelas iaitu, 1B dan 2E yang sebelumnya terletak di tingkat atas bangunan telah dipindahkan ke tingkat bawah mulai hari ini untuk memudahkan mobiliti pelajar berkenaan. Persetujuan ini dicapai semasa Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama semalam dan hari ini Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), En. Mat Johan bin Jais telah mengumumkan perkara ini kepada semua pelajar semasa taklimat harian di Dataran Anjung Bestari. Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah terutama pengetua baru kami, Pn. Latifah binti Harun, kepekaan dan keprihatinan anda memberi semangat baru kepada pelajar yang terlibat dan terujanya kami selaku pendidik kepada insan-insan istimewa ini.
Selasa, Januari 06, 2009
SEMINAR KEPENGGUNAAN BERSAMA ORANG KURANG UPAYA PENGLIHATAN NEGERI MELAKA TAHUN 2008
Tarikh : 28 Disember 2008
Masa : 0900 HRS GMT
Vanue : Pejabat Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Kawasan Melaka
Anjuran : Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka
Pembentangan kertas Kerja oleh Yang Berbahagia En. Khalil Bin Ismail (berdiri) selaku Ketua Unit Kawal Seliaan Korporat, Sewa Beli dan Timbang Sukat merangkap Ketua Seksyen Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka

Pembentangan Kertas Kerja oleh Yang Berbahagia En. Nor Jamal binn Ali (kanan), Penceramah Bebas merangkap Setiausaha Rakan Pengguna Negeri Melaka

Isnin, Januari 05, 2009
Jamuan Akhir Tahun Unit Pend. Khas, Jab. Pelajaran Melaka
Tarikh : 02 Januari 2009
Masa: 2000 HRS
Vanue: Crystal Bay, Alai, Melaka
Langgan:
Catatan (Atom)




Majlis turut meraikan pasangan pengantin baru sambil disaksikan oleh En. Hashim bin Ishak (duduk) merangkap Setiausaha SBM Kawasan Melaka
Para jemputan yang hadir, dianggarkan sekitar 70 orang ahli 