Jumaat, Januari 16, 2009

Majlis Kenaikan Pangkat & Kehadiran Pengetua Baru

Tarikh: 12 Januari 2009
Masa: 1230 GMT HRS
Vanue: Dewan Besar, SMK Padang Temu, Melaka

Ketua Sektor Pend. Khas dan Swasta, Jabatan Pelajaran Melaka, En. Razali Bahrom berarak masuk ke dalam dewan diiringi pengetua baru, Pn. Latifah Harun

Para srikandi yang terdiri daripada pelajar perempuan turut mengiringi tetamu sehingga ke tempat duduk VIP

Dari kiri, Pn. Kadariah (GPK 1), Pn. Latifah, En. Razali dan kanan sekali ialah En. Mat Johan selaku GPK HEM

Tetamu dihidangkan dengan tarian Selamat Datang daripada pelajar-pelajar Kelab Kebudayaan sekolah

Ucapan alu-aluan daripada En. Shanmugam selaku wakil Kelab Sraf sekolah

Ucapan daripada Tuan Pengetua, Puan Latifah Harun


Ucapan daripada KS UPKS, JPN Melaka, En. Razali Bahrom

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan gamelan daripada kelas muzik

Mei Ying antara mencuri tumpuan setiap kali mengadakan persembahan di luar

Cenderahati disampaikan oleh En. Shan selaku wakil Kelab Staf kepada KS

Sebahagian daripada guru lelaki

Sebahagian daripada guru wanita

Tetamu VIP dihidangkan dengan jamuan tengah hari yang turut disertai Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)

Isnin, Januari 12, 2009

Rawatan Kesihatan Berkala

Tarikh: 08 Januari 2009
Masa: 1140 GMT HRS
Vanue: Bilik Kesihatan, SMK Padang Temu, Melaka
Cik Azlidar Laily (kiri sekali) menemani anak-anak istimewa menerima rawatan suntikan pencegahan kancing gigi. Turut kelihatan, Cik Siti Zubaidah (kanan sekali)

Lim Jia Wen mendaftar diri. P/S: nampak macam risau je...

Jia Wen ditemani Zu ceria menerima suntikan

Redzuan mendaftar diri untuk menerima suntikan

Fobia dengan pelbagai suntikan sebelumnya membuatkan Redzuan terpaksa ditenangkan oleh Laily

Teck Zhao menarik perhatian petugas kesihatan berbual sesuatu dengannya

Teck Zhao tenang menerima suntikan

Gembira! Itulah agaknya telatah selepas suntikan

Khamis, Januari 08, 2009

Terima kasih pentadbir SMK Padang Temu, Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di kesempatan ini, saya selaku wakil kepada guru di Program Inklusif Pendidikan Khas (PIPK Penglihatan) sekolah ini ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pentadbiran sekolah kerana sikap prihatin mereka kepada beberapa pelajar OKU sekolah ini. Tiga buah kelas iaitu, 1B dan 2E yang sebelumnya terletak di tingkat atas bangunan telah dipindahkan ke tingkat bawah mulai hari ini untuk memudahkan mobiliti pelajar berkenaan. Persetujuan ini dicapai semasa Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama semalam dan hari ini Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), En. Mat Johan bin Jais telah mengumumkan perkara ini kepada semua pelajar semasa taklimat harian di Dataran Anjung Bestari. Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah terutama pengetua baru kami, Pn. Latifah binti Harun, kepekaan dan keprihatinan anda memberi semangat baru kepada pelajar yang terlibat dan terujanya kami selaku pendidik kepada insan-insan istimewa ini.

Selasa, Januari 06, 2009

SEMINAR KEPENGGUNAAN BERSAMA ORANG KURANG UPAYA PENGLIHATAN NEGERI MELAKA TAHUN 2008

Tarikh : 28 Disember 2008
Masa : 0900 HRS GMT
Vanue : Pejabat Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Kawasan Melaka
Anjuran : Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka

Pembentangan kertas Kerja oleh Yang Berbahagia En. Khalil Bin Ismail (berdiri) selaku Ketua Unit Kawal Seliaan Korporat, Sewa Beli dan Timbang Sukat merangkap Ketua Seksyen Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka


Pembentangan Kertas Kerja oleh Yang Berbahagia En. Nor Jamal binn Ali (kanan), Penceramah Bebas merangkap Setiausaha Rakan Pengguna Negeri Melaka

Cenderahati disampaikan kepada En. Khalil oleh En. Razali merangkap Pengerusi SBM Kawasan Melaka
Cenderahati disampaikan kepada En. Nor Jamal oleh En. Razali

Majlis turut meraikan pasangan pengantin baru sambil disaksikan oleh En. Hashim bin Ishak (duduk) merangkap Setiausaha SBM Kawasan Melaka

Memotong kek sumbangan SBM Kawasan Melaka

Para jemputan yang hadir, dianggarkan sekitar 70 orang ahli

Isnin, Januari 05, 2009

Jamuan Akhir Tahun Unit Pend. Khas, Jab. Pelajaran Melaka

Tarikh : 02 Januari 2009
Masa: 2000 HRS
Vanue: Crystal Bay, Alai, Melaka

Dua jejaka tersandar kekenyangan...

Sebahagian isteri-isteri dan anak-anak staf

En. Jaafar (kiri) dan En. Mohamad

En. Sisnoto (kiri) dan Ustaz Yahya

Ketua Unit, En. Aziz (kiri) dan En. Yusof

Rabu, November 19, 2008

KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN YANG DISEDIAKAN KEPADA OKU OLEH AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA

3) Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan

Kerajaan juga memperluas potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada para majikan mengambil pekerja OKU dalam tahun 1991. Pelepasan pengecualian cukai bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Juga memberi rebat cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri, anak atau ibu bapa kurang upaya. Sebagai galakan berterusan bagi memelihara OKU dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan RM 5, 000 sementara potongan untuk isteri sebanyak RM 3,000. Mulai tahun 1995, kerajaan turut meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM 5, 000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya sementara pasangan yang kurang upaya sebanyak RM 2,500. Sehubungan dengan itu, mulai tahun 2005, pelepasan cukai tambahan ini dinaikkan kepada RM 6,000 bagi pembayar cukai OKU sementara RM 3,500 lagi kepada pasangan yang OKU.
4) Pengecualian Cukai Jalan (Road Tax) dan Bayaran Lesen Memandu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan dan bayaran lesen memandu bagi OKU yang menggunakan kenderaan buatan tempatan yang meliputi syarat-syarat berikut;

a) kereta, van dan motosikal buatan nasional sahaja
b) berdaftar sebagai OKU anggota di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
c) pengecualian hanya diberi kepada pemohon sahaja
d) hanya sebuah kenderaan sahaja yang diberi pengecualiane) memiliki lesen memandu yang sah (Lesen Kelas A)

Selasa, November 18, 2008

SIMPOSIUM PEKERJAAN OKU PENGLIHATAN

1. TEMA - Ke Arah Perkhidmatan OKU Penglihatan Yang Lebih Cemerlang

2. OBJEKTIF

a. Mewujudkan persefahaman yang lebih baik antara pekerja dengan majikan
b. Memberi maklumat terkini tentang kemudahan dan penggunaan peralatan berteknologi terkini dalam membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti pekerja OKU penglihatan.
c. Mendedahkan keistimewaan-keistimewaan mengaji OKU penglihatan
d. Memberi peluang kepada pekerja OKU penglihatan di sektor awam dan swasta menyuarakan masalah dan permasalahan yang dihadapi dalam pekerjaan.

3. RASIONAL

a. Pada masa sekarang peluang pekerjaan untuk OKU penglihatan amat terhad, sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. Bagi mereka yang sedang berkhidmat pula, peluang menghadiri latihan dalam perkhidmatan amat sedikit. Seminar pekerjaan ini mungkin boleh dijadikan platform untuk menyuarakan pendapat dan mencari jalan yang lebih baik untuk membantu golongan OKU penglihatan mendapat pekerjaan,
b. Bagi mereka yang sedang berkhidmat, simposium ini dapat meningkatkan daya saing mereka agar setanding dengan pekerja lain.
c. Membantu majikan bertindak selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008 dan Seksyen-seksyen berkaitan pekerjaan OKU dalam Akta OKU 2007.

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT SIMPOSIUM
Tarikh: 15 dan 16 Disember 2008 (Isnin – Selasa)
Masa: 8.30 am – 5.30 pm
Vanue: Emeral Hall, Hotel Grand Pacific, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

5. PESERTA

Simposium diberi keutamaan kepada mereka yang berikut dan juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat:
a. Pekerja OKU daripada sektor awam dan swasta
b. Majikan dan bakal majikan
c. Agensi pengambilan pekerja dan penguat kuasaan
d. Individu yang ingin menyumbang idea atau mencari maklumat tentang [ekerjaan OKU.

6. YURAN PENYERTAAN

Penganjuran simposium ini tidak bermotifkan keuntungan sebaliknya pihak penganjur akan menampung sebahagian daripada kos yang terlibat dan sebahagian lagi adalah tanggungan peserta melalui yuran penyertaan yang dikenakan mengikut pilihan seperti berikut:
a. RM 200.00 untuk 2 hari simposium, dua malam penginapan, makan dan minum.
b. RM100.00 untuk 2 hari simposium, makan dan munum tanpa penginapan.

7. PENGISIAN
Hari Pertama
15.12.2008 (Isnin
)
0800 -0930 : Pendaftaran dan minum pagi
09.50 - 1000 : Ketibaan Menteri Sumber Manusia.
1000 - 1100 : Majlis perasmian
1100 - 1300 : Ceramah 1, pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008 Oleh wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
1430 - 1530 : Ceramah 2, Keistimewaan menggaji Pekerja OKU Penglihatan dan Peranan Kementerian Sumber Manusia Dalam Promosi serta Latihan Kepada OKU Penglihatan Oleh Wakil Kementerian Sumber Manusia.
1530 - 1630 : Ceramah 3, Galakan-Galakan Yang Perlu dan Akan Disediakan Pihak Kerajaan Kepada Majikan Yang Menggaji OKU Penglihatan Oleh Wakil Bahagian Belanjawan, Kementerian Kewangan.
1630 - 18.00 : Bengkel Pekerjaan OKU Penglihatan Sektor Awam dan Swasta.
Hari Kedua
16.12.2008 (Selasa)
0900 - 1030 : Ceramah 4, Akta OKU 2007, Peranan Serta Tanggungjawab Majikan dan Pekerja oleh Encik Mah Hassan bin Haji Omar. Peguam Cara dan Peguam Bela.
1100 - 1300 : Forum Kecemerlangan OKU Satu Pandangan Dari Sudut Majikan Oleh 2 orang wakil sektor awam dan 2 orang wakil sektor swasta
1430 - 1515 : Penggunaan Teknologi Dalam Meningkatkan Lagi Kuantiti dan Kualiti Produktiviti Oleh Encik Moses Choo, Pegawai Eksekutif, Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia (NCBM)
1515 - 1600 : Ceramah 5, Meneroka Peluang-peluang Pekerjaan Baru Bagi OKU Penglihatan oleh Dr. Zakaria Osman. Pensyarah Terbuka Malaysia.
1600 - 1630 : Pembentangan Resolusi Simposium oleh pelapor ahli akademik berpengalaman daripada UKM dan UM.
1630 : Jamuan teh dan bersurai.

8. METODOLOGI SIMPOSIUM

a. Pembentangan kertas kerja oleh para penceramah dari pelbagai organisasi dan agensi dan diikuti dengan sesi soal jawab / perbincangan oleh para peserta.
b. Perbengkelan oleh para peserta simposium.
c. Forum oleh para majikan yang terlibat dengan pekerja OKU penglihatan.
d. Penghasilan kertas cadangan untuk disampaikan kepada pihak kerajaan untuk tindakan susulan.

9. PENUTUP

Simposium ini diharap dapat menambah baik khidmat sokongan dan latihan kepada pekerja OKU Penglihatan yang sedang berkhidmat sama ada dalam sektor awam atau swasta di samping mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang baru.

Radio Amatur