Rabu, April 18, 2012

Dasar Orang Kurang Upaya

Pengenalan

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.

Definisi

OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

Pernyataan Dasar

Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari.

Objektif Dasar

Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut:
1. Memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.
2. Memastikan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama di bawah undang-undang negara.
3. Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya dan.
4. Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU.

Strategi

Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15 bidang seperti berikut:
1. Advokasi
  • Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan.

2. Aksesibiliti
  • Memastikan penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier-free) termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam.
  • Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU dan
  • Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

3. Kesihatan
  • Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal (primary care) dan
  • Meningkatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada OKU (secondary and tertiary care)

4. Pemulihan
  • Meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program pemulihan sedia ada bagi OKU.
  • Mewujudkan program pemulihan baru bagi OKU selaras dengan perkembangan semasa.

5. Pendidikan
  • Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat.

6. Pekerjaan
  • Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan penggajian OKU dalam semua sektor pekerjaan.
  • Menggalakkan OKU bekerja sendiri (self-employed) dan berdikari.

7. Keselamatan Diri dan Perlindungan Sosial
  • Melindungi OKU dari segala bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan.
  • Memantapkan perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU yang layak dan berkeperluan.

8. Perkhidmatan Sokongan
  • Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
  • Menggalakkan penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan sokongan OKU yang mampu milik.

9. Sosial
  • Meningkatkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan OKU dalam aktiviti sosial.

10. Pembangunan Sumber Manusia
 (i) Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia terlatih serta mencukupi yang memberi perkhidmatan kepada OKU.
 (ii) Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan OK.
(iii) Meningkatkan penyertaan OKU dalam proses perancangan dan membuat keputusan.

11. Penglibatan Masyarakat
  (i) Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program pembangunan OKU.
 (ii) Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektor dan multidisiplin.
(iii) Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat.
12. Penyelidikan dan Pembangunan
 (i) Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.
(ii) Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program OKU.

13. Perumahan
 (i) Menggalakkan reka bentuk universal dalam pembinaan rumah dan kawasan persekitaran.
(ii) Membuka peluang kepada OKU untuk memiliki rumah.

14. Kanak-kanak OKU
Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk kanak-kanak kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.
15. Wanita OKU
Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.

Penutup

Pihak Kerajaan amat prihatin terhadap golongan OKU dan penggubalan Dasar ini merupakan komitmen Kerajaan dalam usaha memastikan OKU mendapat kesaksamaan hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Dasar OKU memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada semua pihak serta penglibatan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan serta pertubuhan bukan Kerajaan, ahli akademik, pakar perubatan, pekerja sosial, sukarelawan dan orang ramai.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Kuala Lumpur.

16 November 2007.

* Sumber: www.jkm.gov.my 

Walimatul Urus Oh! Walimatul Urus

          Musim cuti sekolah bakal tiba mulai 26 Mei hingga 10 Jun 2012. Pastinya kanak-kanak yang paling gembira menyambutnya. Mengimbau kenangan masa kecil, teringat masa main layang-layang di bendang kontang, mandi sungai yang dipenuhi pacat dan lintah, mengayuh basikal satu kampung bersama kawan-kawan dan pelbagai lagi kisah suka-duka masa kecil membesar di kampung. 

          Bagi sang teruna dan dara, inilah masa paling sesuai diadakan majlis penuh gilang-gemilang kerana sanak-saudara akan berkumpul bersama termasuk yang jauh kerana cuti sekolah ini memudahkan perjalanan dirancang. Justeru itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantun baru buat pasangan

  • Faizal & Nurul
  • Suhaimi & Ismalina
  • Fatin & Falaq
  • Azim & isteri  
          Kesemua majlis pasangan ini pada 2 Jun 2012 kecuali Fatin & Falaq yang diadakan lebih awal iaitu pada 19 Mei depan. Jutaan kemaafan buat anda, Fatin atas tidak dapat hadir ke majlis berkenaan kerana sedang menduduki peperiksaan akhir semester pada tarikh berkenaan. Sementara majlis pada 2 Jun pula, mungkin kami pilih yang paling hampir dengan kami kerana jarak yang jauh. Suhaimi di Kelantan dan Azim di Kedah. Payah juga mana satu nak pergi, tambahan pula Azim adalah sepupuku.

          Akhir kata, selamat pengantin baru, moga kekal bahagia ke anak cucu dan ke akhir hayat daripada kami sekeluarga.

Selasa, April 17, 2012

Blog mrkentang kini kembali

Assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua pembaca.

          Selepas hampir 3 tahun menyepi, rasanya kini tibalah masanya menyorot kembali coretan diri dan keluarga di sini. Blog ini pun bakal berwajah baru apabila dikemas kini dari semasa ke semasa. Perkhabaran terkini kami sekeluarga, kini ahli telah bertambah seorang lagi menjadikan empat kesemuanya dengan anak bongsu Raudhah telah selamat dilahirkan tanggal 22 Mac 2011. Kini, mek tu dah mencecah setahun usianya.

          Aku pula kini melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras, K. Lumpur selama empat tahun. Insya Allah, pengajian ini bakal ditamatkan pada Jun 2015 nanti. Bidang pengkhususan pula ialah Masalah Penglihatan. Apapun, terima kasih atas bantuan Mak Long sekeluarga untuk kemudahan bermalam di Bandar Tun Razak di samping rakan sekolah dulu, Fadzlin sekeluarga di Pudu Hulu atas bantuan yang sama. Budi baik anda semua, hanya Allah sahaja yang membalasnya nanti.

Isnin, September 28, 2009

Terima Kasih MAB

Assalamualaikum...

Di kesempatan ini saya ingin menghulur jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) kerana sudi menyelesaikan aduan saya tempoh hari. Baru-baru ini saya ada menghantar sepucuk surat aduan rasmi kepada pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri berhubung kes saya menerima layanan yang kurang mesra seorang stafnya kepada saya. Surat berkenaan juga saya "sk" kan kepada MAB. Aduan tersebut berhubung sikap seorang staf yang tidak menghormati tetamu, meninggi suara semasa bercakap dan memarahi saya kerana gagal kepilkan satu salinan surat dengan stapler semasa berurusan dengan beliau tempoh hari.
Dua minggu kemudian, saya dipanggil ke jabatan berkenaan bertemu dengan ketua unit staf yang saya komplen. Mulanya beliau tidak percaya saya yang draf sendiri surat aduan berkenaan kerana menurutnya susunan struktur dan ayatnya cantik dan menarik. Beliau juga menyoal samada saya didesak oleh mana-mana pihak atau tidak. Saya juga disoal daripada mana saya dapat sumber tentang latar belakang staf tersebut.
Seminggu kemudian, saya mendapat khabar, staf yang saya komplen itu telah berubah sikap kepada mesra pelanggan. Bukan beliau sahaja malah khabarnya satu unit berkenaan telah menunjukkan perubahan positif. Alhamdulillah dan tahniah. Saya juga dimaklumkan jabatan berkenaan juga telah dikunjungi oleh seorang pegawai kanan MAB.
Untuk rekod, ini adalah kunjungan kali kedua MAB ke sini menyelesaikan masalah saya. Kali pertama pada tahun 2006 apabila ketua jabatan saya lambat mengesahkan perkhidmatan saya walaupun saya telah berkhidmat melebihi tempoh 3 tahun. Terima kasih yang tak terhingga sekali lagi kerana MAB sudi mengambil berat kebajikan kami guru-guru OKU penglihatan ini.
Kepada mereka yang mempunyai sebarang masalah dalam pekerjaan, jangan segan silu untuk meminta pandangan dan bantuan daripada pihak MAB.

Khamis, September 17, 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN/PENYAMPAIAN DUIT RAYA KEPADA PELAJAR MISKIN & PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG CERIA MERDEKA

Majlis khatam al-Quran yang dipimpin oleh YM Ustaz Raja Kamaruddin


Banyaknya hadiah dan hamper.... Bunga telur pun ada?

Sumbangan duit raya untuk pelajar miskin dengan kerjasama bersama Bank Rakyat

En. Ibrahim (baju hijau) dan Tn. Hj. Moran

Hamper untuk kelas yang memenangi Pertandingan Ceria Merdeka
Pn. Aminah menyambut hamper untuk Pertandingan Antara Wakaf

Pn. Latifah selaku pengetua memberi ucapan penutup

Segak bergaya. En. Mazlan (baju belang) dan En. Abd. Raoh

Bergambar kenangan... En. Mazlan, En. Raoh, En. Ibrahim, Tn. Hj. Moran dan En. Ismail

Peserta khatam Quran menerima bunga telur sebagai cenderahati

Pelajar khusyuk semasa sesi khatam Quran

Pelajar menerima sijil untuk Pertandingan Ceria Merdeka

Cenderahati Kelab Guru untuk pengetua yang disampaikan oleh Pn. Hamidah (tengah)

Wakil guru menerima cenderahati bagi jawatan kuasa khatam Quran

En. Rizal selaku Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Integrasi Penglihatan menerima hamper dan sijil setelah diumumkan sebagai pemenang tempat ke-2 bilik-bilik khas, Pertandingan Ceria Merdeka. Terima kasih juga kepada Cik Laily, Cik KT, Cik Emy, Cik Zu dan pelajar Pend. Khas atas inisiatif & kerjasama menghias kelas bersama. Terima kasih juga kepada panel penilai iaitu Pn. Hamidah dan Pn. Faridah di atas pemilihan ini

Rabu, September 16, 2009

BINGKISAN AIDILFITRI DARIPADA SITI KHATIJAH ABD. KADIR


Assalamualaikum...

Ucapan salam Ramadhan dan Syawal buat semua umat Islam bagi meraih kejayaan menyempurnakan ibadat puasa.
Salam ini juga ditujukan khas buat keluarga di Felda Neram 1, Kemaman, kawan-kawan ex-UIAM, ex-DPLI UKM dan kawan-kawan sejawat di SMK Pdng. Temu dan sesiapa yang mengenali diri ini. Dengan ucapan moga Ramadhan kali ini menjadi pusat pentadbiyah yang terbaik buat kita bagi menghadapi hari-hari mendatang.

SEKITAR PROGRAM MEMBAYAR ZAKAT FITRAH DI TMN. BKT. KATIL DAMAI, MELAKA

Selepas selesai solat sunat maghrib, jemaah dihidangkan dengan "moreh" hasil sumbangan penghuni setempat. Kelihatan Cikgu Salleh (kanan) sedang melayan Imam Suhaimi selaku amil dan juga Imam Dua Kg. Tun Razak, Bkt. Katil, Melaka
Kanak-kanak turut serta dalam jamuan ringan "moreh"

Akad ijab dan kabul antara imam dan penduduk (Prof. Mustafa bin Abd. Kadir)

Alhamdulillah, selesai...

Pengerusi Persatuan Penduduk (penaja) turut tidak ketinggalan

Saudara Mat Noor (baju biru) sedang melafazkan ijab kabul bersama imam

Selasa, September 15, 2009

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)

Selamat berkursus ROS buat Cik Zuraida bte. Ismail daripada Institut Perguruan Temenggong Ibrahim (IPTI) Johor Bahru, Johor mulai 07 hingga 18 September 2009. Beliau sempat bergambar kenangan bersama Alethea Loh. Moga ROS ini memberi pengalaman cukup berharga buat anda di dalam dunia pendidikan ini.

Isnin, September 14, 2009

BINGKISAN AIDIL FITRI DARIPADA EMY MARINA ISHAK

Assalamualaikum...

Dalam kelembutan lidah, ada ketelanjuran kata,
Dalam gurau senda, ada khilaf dan dosa,
Harap dimaafkan segalanya.
Buat keluarga tercinta serta rakan-rakan turut tidak dilupa.
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Moga kita bertemu lagi di Ramadhan dan Syawal akan datang.

BINGKISAN AIDILFITRI DARIPADA MOHD. REDZUAN HIRMAN SHAFIE HO

Assalamualaikum...
Kepada semua guru2 Kelas Pend. Khas, terutama kepada bekas guru, Pn. Rohani dan Pn. Suryani... saya sayang cikgu berdua... Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin.
Ampunkan segala dosa2 saya selama ini ye cikgu, saya sayang cikgu semua.
Kepada Cikgu Laily, Cikgu Emy, Cikgu Rizal & Cikgu Khatijah, jemput la datang ke rumah saye nanti...
Saya harap cikgu semua tidak melupakan saya. I love u all.
Jangan lupa duit raya tau...!

BINGKISAN AIDIL FITRI DARIPADA SITI ZUBAIDAH HJ. SUDIN

Assalamualaikum...
Kepada semua warga SMKPT terutama sekali kepada Kelas Pendidikan Khas...
Saya ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Saya juga menyusun 10 jari memohon maaf jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan samada sedar @ tidak.
Semoga Aidilfitri kali ini lebih meriah untuk kalian semua.
Salam Aidilfitri... :-)

Sabtu, September 12, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Hari ni dah 22 Ramadhan 1430 Hijrah. Diam tak diam, lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut hari kemenangan bagi semua umat Islam di seantero dunia iaitu Aidil Fitri. Suasana lebih meriah pabila anak perantau pulang ke pangkuan desa kerana senarionya cukup mempersonakan. Daripada udaranya yang nyaman, lentokan pepohon kelapa, pemandangan sawah padi yang menghijau, cahaya pelita di malam hari hinggakan kediaman tradisional cukup mencuit kalbu. Apa tidaknya, raya tahun ni aku tidak pulang ke Kg. Bujang (Lembah Bujang), Kedah kerana tiba giliran beraya di rumah mertua. Ingat lagi tahun lepas bila pulang berkonvoi dengan kakak, perasaanku cukup teruja menyambut hari raya di pangkuan keluarga tersayang.
Jam telah merangkak ke angka 2 pagi namun mataku belum nak lena. Anak dan isteri telah lama diulit mimpi-mimpi indah. Aku hanya bertemankan beberapa klip lagu raya klasik. Pada pandangan aku, lagu-lagu raya klasik tetap segar dalam kenangan atau kini istilahnya malar segar. Daripada liriknya yang diatur cukup mengasyikkan bersama melodi lembut yang mengirinya cukup membuatku tersentuh. Antaranya lagu Selamat Hari Raya (Ahmad Jais), Indahnya Beraya Di Desa (Azlina Aziz), Senandung Hari Raya Untukmu (Dayangku INtan), Selamat Hari Raya (Saloma), Dendang Perantau (P. Ramlee), Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman), Suasana Hari Raya (Anuar & Elina) dan banyak lagi. Lagu-lagu ini mengimbau kembali zaman kanak-kanak bersama rakan-rakan di kampung semasa Aidil Fitri kian hampir. Pagi raya pula bersama rakan keliling kampung penuhkan poket hingga ke petang, huhu... Best giler waktu tu. Jauhnya aku berkhayal kerana zaman tersebut tidak akan kembali lagi.
Kini, banyak lagu-lagu raya versi baru namun mereka tewas dek penangan lagu-lagu raya klasik yang tetap menjadi pujaan ramai hingga kini. Di kesempatan ini, kami sekeluarga mohon maaf kepada rakan-rakan yang mengenali kami kerana kami tahu kami tak dapat puaskan semua hati orang. MInal Aidhil Wal Fadhizin, maaf zahir dan batin. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Ahad, September 06, 2009

DEMAM ALDILFITRI KIAN TERASA DI TMN. BKT. KATIL DAMAI, MELAKA

Pemandangan daripada jalan masuk utama ke kawasan perumahan penduduk di puncak bukit

Pemandangan daripada kawasan perumahan di atas. Meriah bukan? Huhu...

En. Rosli (baju merah) dan EN. Yahya sibuk memotong kayu untuk dijadikan tiang pelita.

Sebenarnya kanak-kanaklah yang memeriahkan lagi suasana. Haikal kecik lagi nak main malam-malam, huhu.

SEKITAR WACANA PROFESIONAL BAGI JURULATIH UTAMA PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN

Penulis menggunakan Jalan Pintasan Lencongan Barat (ByPass) Duyong - Bkt. Baru untuk menjimatkan kos dan masa. Teringat kampung halaman di Lembah Bujang, Kedah

Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, KPM membentangkan kertas kerja

Turut kelihatan Ketua Sektor Pend. Swasta Pend. Khas Negeri Pahang dan di sebelah beliau Ketua Sektor Pend. Swasta Pend. Khas Negeri Melaka (baju melayu hijau)

Cenderahati untuk Pengarah BPKhas. Kelihatan En. Harun (berkaca mata) selaku Ketua Penolong Pengarah BPKhas, KPM

Cenderahati daripada wakil JU untuk pengarah

Selasa, September 01, 2009

SEKITAR CHECK INN BILIK, HOTEL ORKID, MELAKA

Papan tanda hotel sebagai menyambut kedatangan tetamu

Pintu utama hotel

Kemasan dalaman tingkat 6

Selesa untuk tetamu

Namun, almari bajunya agak kecil untuk menampung persalinan baju 2 orang tetamu

Pemandangan Bandaraya Melaka dari luar tingkap

Sabtu, Ogos 29, 2009

SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TERAWIH BERSAMA PENDUDUK

Tarikh: 27/08/2009
Venue: Perkarangan Lorong 1, Jln. BKD 1, Tmn. Bkt. Katil Damai, Melaka
Anjuran: Persatuan Penduduk (Penaja), Rukun Tetangga dan Lembaga Surau, Tmn. Bkt. Katil Damai, Melaka

Kain rentang sebagai hebahan kepada penduduk

Ketika berbuka puasa

Meriahnya apabila berbuka bersama-sama penduduk yang lain

Jangan lupa baca bismillah ye dik

Bapa mithali... En. Tahir (kanan) menemani anak-anaknya berbuka

Solat maghrib, isya' dan terawih bersama

Jemaah muslimah turut serta

Imam meminpin solat

Ada lagi ke?? Lepas terawih, "more" pula, huhu...

Radio Amatur